budak baik=)

Saturday, March 31, 2012

akhlak yang baik hasil daripada hati yang bersih..




Assalamualaikum...

genap 3 hari aku bekerja di AEON St 18..macam2 benda lah aku belajar..dekat mana jek tempat aku kerja mesti ada 2 golongan,,,
golongan 1:berfikiran negatif
golongan 2:berfikiran positif

antara 2 golongan nie rasa yang mana lagi bagus?sape nak jawab sila angkat kaki serta 10 jari tangan,,hihi,,
golongan yang berminda negatif biasanya lahir dari dalam diri kita sendiri..ia saling berkait dengan 'hati'..jika hati itu bersih maka  lahirlah luaran yang baik serta akhlak yang berbudi pekerti..kadang2 rasa pelik pun ada,,,manusia yang lebih matang sering berfikiran  negatif..bukanlah nak kata semua tapi segelintir..

contoh situasi 1:
Ada seorang pelajar  baru(junior kids) telah diarahkan oleh seorang pelajar yang agak tak berapa lame(senior bro ) untuk pergi kekantin sekolah untuk membeli makanannya(nasi lemak)...sekembalinya si junior kids ke kelasnya......senior BIG telah mengapi2 kan si junior bro..

senior BIG:si junior bro tuh sesuka hati jek arahkan kamu pergi kantin belikan makanan...dia tu memang macam tu,,,suke besar kepala..bajetttt bagusss sangat...padahal takde lah lame sangat belajar kat sini...dah nk tunjuk belang...

junior kids:ouh..em xpela..mungkin dia ada hal tadi...

senior BIG:dia memang macam tu..jangan ikut apa yang dia suruh...duduk jek dalam kelas 'buat nohin' (buat tak tau) kalau dia suruh,,

junior kids:BAIK!!!(ya Allah rasa macam ditelan mati mak diluah mati bapak pulak...permudahkanlah urusanku,,)
nampak tak keadaan dalam situasi 1 tuhh...???kalau tak nampak nah amekk kanta pembesar utk lebih jelas penglihatan...
kalau tak nampak lagi ntohler...xtau nak kata ape..hehe..
nama pon senior...tak baik buruk sangka.tak elok junior tengok...ce berfikiran positif..nescaya ia akan menjadi positif..insya-Allah..

p/s:kalau tension2 penat baru habis kelas ke kerja ke.. jangan marah2..cool jek,,,senyum buat macam takde ape2 yang jadi...barulah ok lepas tuh...kalau tak caye ce try buat,,,ingat Allah sentiasa ada untuk kita..orang lain memang takkan selalu ada..'innallah maana..'(sesungguhnya Allah ada bersama kita insyaAllah...)

kucing oohhhh kucing..:P
mood: penat plus kuciwa pus sedih..:'( menitik jugak air mata nie karang haih...SMILE pliz ekin... macam kucing  nie kan comel....:D yeay aku adalah insan yang comel..cewah perasan kejap..(memang bangga sebab Allah itu Maha hebat utk ciptakan manusia yang semuanya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri..)

last word: semua orang patut dimaafkan...:)im sorry..

Saturday, February 18, 2012

Asal usul solat fardhu :D

ASAL USUL SOLAT

SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat Pertama : Baginda bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam
Rakaat kedua : Baginda bersyukur kerana siang telah menjelma

ZOHOR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anak nya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama : Bersyukur bagi penebusan
Rakaat kedua : Bersyukut kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga : Bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah
Rakaat keempat : Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas ( binatang ).

ASAR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang asar ialah Nabi Yunus a.s. iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Makka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan nun

MAGHRIB
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan tersebut iaitu :

Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang Maha Esa
Rakat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang

ISYAK
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. , pada ketika itu Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : Dukacita terhadap isterinya
Rakaat kedua : Dukacita terhadap saudaranya Harun
Rakaat ketiga : Dukaita terhadap Firaun
Rakaat keempat : Dukacita terhadap anak firaun

copy paste from:Putra utara

Wednesday, February 8, 2012

Demi Matahari

 



DEMI MATAHARI DAN SINARNYA DIPAGI HARI, 
 DEMI BULAN APABILA IA MENGIRINGI.,
 DEMI SIANG HARI APABILA MENAMPAKKAN DIRINYA,
 DEMI MALAM APABILA IA MENUTUPI
 DEMI LANGIT BESERTA SELURUH BINAANNYA,
 DEMI BUMI SERTA YANG ADA DIHAMPARANNYA.
 DEMI JIWA DAN SELURUH PENYEMPURNAANYA
 ALLAH MENGILHAMKAN,
 SUKMA KEFASIKAN DAN KETAQWAAN, 
 BERUNTUNGLAH BAGI YANG MENYUCIKANNYA.
 MERUGILAH BAGI YANG MENGOTORINYA...

Monday, January 2, 2012

Thank you Allah part2



Every time you text me..
I keep cry...Its too hard for me..
.But I need to be tough..
Sorry if I leave u alone....
But..
Trust me..
It will be okay
Smile please.??
For sure u do if i ask..hehe=)

p/s:If He ask you to leave your love,please do not hesitate..there must be something behind that good for both of you..Believe it..

thanks because you always pray for me..:)