budak baik=)

Saturday, February 26, 2011

adoy...tacing lagi!!!

salam...


adoy...
hari nie ak tacing lagi...
melihat korang berdue bersame...
sahabat..
korg wat ak sedey...
sedey lagi..
ak nangis..
sahabat..
korang dtg...
buat ak rase sedey...
memang rase na nanges jep...
memang leleh pon...
opss...kantoi suda..
lantaklah org nak kate ape..
ak cube tahan ...
tapi xboleh..
korg dtg...
mcm hepi..

~fana~



~asma~
tp ak tau korg pon sedey,,
huhu..
btw...
tq fana n asma...
korg due mmg pandai wat ak tacing kan???ahakz..:(
mish both of you...

Friday, February 11, 2011

bErsyukuR seadeNyer,,,

assalamualaikum...wa rindunye aku at blog nie...da lame asenye xupdate...huhuhu....disebabkan ak agak kebzian cikit...ngeh3...em mcm2 na citer...tp entry kali nie pasal 2org insan,,,,macam biase ahh hari2 aku jumpe ramai customer...tp hari nie laen sikit...ade sepasang pasangan nie...diorg dtg kat gerai aku...tetibe yg si akak tu hulur nset dye...ak pon agak plik sikit time tu...macam blur2 gak la...last2 dye tunjuk SMS....'kuehtiaw kari satu'...
                                                          nie la tg akak tu hulur kat akuh...
                                                                       


ak pon phmn then trus potong2 bahan dye...da siap sume aku pon tekan r loceng coz na pggl akak td tu..ak usha jep lame2...upenye2 akak n laki dye tu same2 bisu...ALLAH MAHA BESAR ...

em better kite diam dari banyak bercakap.
                                                              ..e2 lebih baik..semakin banyak kite berbicare,,
                                               semakin bnyk kelemahan kite org tau..

ak baru sedar yg xsume org nasib dye baik...mungkin kite rase diri kite susah n x sempurna seperti org lain,,,tp kte kne la percaye setiap ape yg berlaku sti ade hikmahnye..Allah itu adil kan...so jgn cepat mengeluh di atas sedikit kekurangan kat diri kite...asalkan kite tak susahkan org lain cukup arhh...jadi bersyukurlah dengan ape yg korg ade...


     nie la isyarat tgn yg couple tu gune..


gtg...

moral:hargailah diri kite...n bersyulor seadenye...
         ;ade kebaikan SMS nie rupenye...alhamdulillah :)...
         (1-menjadi alat perhubungan org bisu dengan masyarakat setempat...)

Saturday, February 5, 2011

asasi vS foundatiOn(ape beza nye...????

introductiON....




Asasi ~ kursus asas yang ditawarkan oleh kerajaan. nie adalah program persiapan khusus, direka agar sesuai dengan kurikulum program ijazah utk  specific universiti...
Ada dua jenis program Asasi...Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT).(lebih kurang macam matrikulasi larh)
Jenis program Asasi yg ade adalah undang-undang, ilmu pengetahuan, perakaunan, kejuruteraan, dan TESL.
Kursus ini boleh didapati di UM, UIAM, UiTM, UPM, USIM, UPNM, USM dan Unimas.




Perbezaan utama antara Asasi dan Matrikulasi adalah bahawa Asasi hanya ditawarkan kepada Bumiputera dan Asasi(foundation) khas untuk program  yang ditawarkan oleh IPT tertentu.




Kelayakan
Asasi hanya layak untuk pelajar Bumiputera(korang sume Malaysianess an??so boley larh join asasi..haha).
Pelajar yang berniat untuk belajar Asasi,SPM korg mesti dpt minimum 5 kredit termasuk kredit dalam Bahasa Malaysia..


studeNt yg minat boley on9 untuk Asasi  pada bulan Januari haritu... Iklan untuk permohonan Asasi biasanya online dan di akhbar-akhbar Melayu tempatan pada bulan Disember.Keseluruhan proses ini boleh dilakukan secara online dengan mendapatkan nombor pin khusus dari Bank Simpanan Nasional (BSN).








Kos
Biaya kuliah disubsidi oleh kerajaan. Selain itu, pelajar akan diberikan faeh RM1, 250 pada semester. RM350 untuk biaya kuliah pada semester dan RM360 pada semester untuk penginapan juga diberikan. Pelajar tinggal di hostel yang disediakan oleh universiti-universiti.




Pengakuan
Pelajar yang tampil sangat baik di Asasi lebih sering daripada tidak disahkan kerusi di IPTA. Pelajar perlu mendaftar untuk IPTA melalui Unit Pusat Universiti (UPU). Biasanya pelajar akan mendapatkan untuk menyelesaikan gelar mereka di universiti yang sama yang ditawarkan mereka Asasi.






Jangka waktu
Asasi membentang di satu tahun (dua semester) dengan jumlah 38 jam kredit.






Badan
Asasi diatur dan dikendalikan oleh universiti tertentu. Hanya calon yang melakukan Asasi di Universiti Malaya dan UiTM perlu mendaftar untuk universiti tempatan melalui BPKP atau USM.tapi student lain pelajar akan dimasukkan ke program ijazah di universiti-universiti yg diorg ambil asasi tu...(cth:dulu Ali amek asasi dekat UUM...then bile smbung degree dkt UUM jugak larh...




FAKTA PENTING!!!!

Asasi nie khusus satu tahun jep...so ini membolehkan pelajar untuk memasuki dunia kerja antara usia 21-22 tahun.Pelajar hanya  perlu membayar kembali jumlah seluruh bantuan kewangan jika mereka tidak berjaya menyelesaikan kursus.Hanya Asasi mahasiswa dari UM dan program tertentu di UiTM dibenarkan untuk bertukar-tukar universiti. Sisanya universiti tidak mengizinkan mereka untuk bertukar-tukar.




thE trutH is.....


ASASI AND FOUNDATION IS THE SAME THING>>>

i loVE matriculatiOn..

intrOducTioN..<3


Ada dua pilihan matrikulasi: Program Satu Tahun PST dan Program Dua Tahun (PDT). Matrikulasi adalah kursus cukup mudah.kirenye matrikulasi nie lg sng kalau korang nak bandingkan dengan STPM.Satu-satunya perbezaan antara PST dan PDT adalah bahawa di PDT, subjek membentang sepanjang 2 tahun, di mana PST, mata pelajaran yang diajarkan dalam waktu satu tahun.so kebanyakkan student agak susah untuk selesaikan kursus mereka...
Semua Matematik, Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan Informatika Sains mata pelajaran diajarkan dalam bahasa Bahasa Inggeris.




Kelayakan
90% dari Matrikulasi diperuntukkan untuk mahasiswa bumiputera, dan 10% untuk non-bumiputera. PST hanya ditawarkan kepada pelajar bumiputera untuk bidang sains.
Pelajar yang berniat untuk belajar Matrikulasi mesti mendapat 'result' SPM mereka seperti  berikut:


ScIence stream:

at least korang dapat kredit dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik tambahan dan satu lagi dari Fizik, Biologi atau subjek teknikal. 
  


Perakaunan stream 
at least korg dpt kredit dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Perakaunan, dan 1 lagi dari Ekonomi, Sains, Perdagangan, Fizik, Kimia, Biologi, atau mata pelajaran teknikal. Dalam rangka mengajukan permohonan untuk online Matrikulasi, pelajar harus mendapatkan nombor pin dari Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk RM6 atau aplikasi melalui sekolah anda dengan bayaran RM10 untuk BSN untuk aplikasi manual.




Kos kursus nie  disubsidi oleh kerajaan,so free jela... tapi student kena lar bayar kos pendaftaran. Kos pendaftaran untuk program satu tahun adalah RM220 untuk jurusan sc stream dan RM212 untuk aliran perakaunan. Untuk program dua tahun, pendaftaran untuk tahun pertama adalah RM160. Semua pelajar Matrikulasi akan menerima wang saku dari kerajaan RM1, 250 setiap semester. 







Realitinyer..
Pelajar yang menjalani Matrikulasi diterima menjadi IPTAs. Proses pemilihan untuk Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) penerimaan adalah sama dengan pelajar yang menjalani STPM. Matrikulasi diiktiraf oleh universiti-universiti asing walaupun mereka terhad.Universiti-universiti luar negeri sebagai berikut mengenali Matrikulasi:



University of Birmingham
 Universiti Nottingham
 Universiti Surrey King's College London
 University of Manchester 
University of Southampton University of York
 University of Sydney
 Universiti New South Welsh
 University of Auckland 
University of Wellington
 Universiti Sumatera Utara
 Universiti Andalas
 Universiti Airlanga
 Universiti Gadjah Mada 


Jangka waktu
Ada 2 intake berbeza dengan jangka masa yang berbeza. 1st intake pertama = 1 tahun program yang bermula pada bulan April, sedangkan intake kedua adalah 2 tahun program yang bermula pada bulan Mei. Jabatan matrikulasi di Jabatan Pendidikan akan menentukan intake korg utk masuk...


Antara Matrikulasi yg ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Ini adalah senarai lembaga Matrikulasi KPM dan Mara Matrikulasi  yg ditawarkan: 



-Kolej Matrikulasi Melaka
 -Kolej Matrikulasi Labuan
 -Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
 -Kolej Matrikulasi Pulau Pinang 
-Kolej Matrikulasi Perlis 
-Kolej Matrikulasi Johor 
-Kolej Matrikulasi Perak 
-Kolej Matrikulasi Kedah
 -Kolej Matrikulasi Pahang 
-Kolej Mara Kuala Nerang 
-Kolej Mara Kulim


<3Pelajar dibenarkan untuk memilih 8 keutamaan semasa permohonan mereka, -  tetapi hasil akhirnya akan ditentukan oleh kpm..




FAKTA PENTING!!!!!

Matrikulasi merupakan pilihan terbaik untuk mendaftar di IPTA kerana lebih mudah dan xde kos..Pelajar harus ingat bahawa ada sebuah persaingan yg tinggi untuk mendaftarkan diri di program studi kritis(Students must bear in mind that there is a high competition in order to enrol into critical courses.)

Wednesday, February 2, 2011

Sandiwara thermometer dan Rheostat...


Semasa duduk menaip post ini, terpandang saya buku fizik yang agak berhabuk. He he. Sudah hampir lima bulan saya tidak membukanya. Saya selak dan belek-belek balik buku ni. Saya ketawa melihat contengan saya di atas buku tersebut. Cikgu duduk ajar kat depan, saya khayal melukis pedang kristal macam dalam komik senjata misteri dan pedang istimewa dari komik "Pedang Setiawan". Apa boleh buat, dah minat saya. Tiba-tiba saya terpandang satu eksperimen dalam buku ni.
Eksperimen saya maksudkan ialah eksperimen dalam tajukheat; to find heat capacity of object.(dulu cikgu hasnah pnah ajar...) Eksperimen ini melibatkan banyak radas. Saya terfikir sejenak apabila membaca kesimpulan eksperimen, pemanipulasian reostat itu telah menyebabkan termometer itu berubah bacaaanya. Saya bukan bermaksud nak membuat posttentang fizik, cuma saya teringat ada motivasi disebalik reostat dan termometer itu. Hah, apa bendanya motivasi tu?
Manusia itu kita boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan termometer dan golongan reostat. Golongan itu dibahagikan  mengikut sifat dan ciri-ciri yang ada pada radas itu. Satu pemanipulasi dan satu lagi dimanipulasi. Itulah hakikat manusia hari ini. Ada yang menjadi pemanipulasi atau pengubah keadaan seperti reostat, dan ada yang menjadi seperti termometer yang dimanipulasikan dan berubah mengikut keadaan. Jadi apa motivasi dari hakikat ini?
Sudah menjadi fitrah manusia untuk dilahirkan dengan sifat malu, rendah diri. Ada sesetengah daripada mereka, yang sentiasa berasa sangat malu selalu. Alahai hendak mendengar suara dia punyalah susah. Macam ada emas dalam mulut dia. Ada sesetengah pula tidak tahu malu. Cakap tidak berhenti-henti, orang sudah bagi isyarat berdehem dekat 10 kali dah, tak faham-faham. Uish, memang tak faham bahasa dia ni. Tapi hakikatnya sifat malu atau rendah diri yang tidak dikawal supaya jangan terkurang atau terlebih menyebabkan adanya golongan termometer dan reostat.
Kita mulakan dengan termometer dulu, sebab saya yakin, anda semua kenal sangat benda ini. Ala, kalau kita sakit, ibu kita atau doktor suruh nganga, letak dekat mulut untuk mengukur suhu badan kita. Oh, golongan termometer ni golongan selalu sakit ke? Bukan! Termometer dalam makmal fizik ke, yang kuning panjang, yang kita buat main kadang-kadang tu? Bukan jugak! Perkara yang saya nak ketengahkan ialah sifat termometer itu. Berubah ikut keadaan semasa, atau dalam kata lain dimanipulasikan oleh keadaan sekeliling.
Kalau kita perhatikan dunia hari ini, memang terdapat banyak golongan termometer ini. Disebabkan kurang keyakinan dalam diri, atau malu, atau rendah diri, mereka lebih suka ikut sahaja orang di sekeliling mereka. Mereka takut untuk membuat keputusan sendiri, kerana mereka menjangkakan apa-apa yang mereka buat akan dicemuh dan dibangkang orang. Jadi mereka takut untuk mengambil langkah permulaan, sebaliknya lebih suka mengikut apa-apa yang orang dah buat.
Tidak dinafikan, jalan yang telah dilalui oleh orang lain dan terbukti selamat, itulah jalan atau pilihan terbaik. Tapi kejayaan kita akan setakat dibawah naungan orang yang pernah berjaya itu. Tidak ada bezanya dan tidak akan maju. Jikalau misalnya kawan kita itu, memilih hendak mengambil jurusan perakaunan, dan terbukti dia berjaya. Malahan dia mendapat tawaran bekerja di Bank Negara. Wah! Kalau kita ikut apa-apa dia buat mesti kita akan berjaya juga. Kalau anda rasakan ini adalah betul, sebenarnya salah.
Ada pepatah Melayu berbunyi "rambut sama hitam, hati lain-lain" dan pepatah Inggeris yang berbunyi "it's take all sort to make the world". Pepatah ini sengaja dipetik, kerana pepatah ini memberi maksud, setiap orang adalah tidak sama. Walaupun sepasang kembar dilahirkan dengan rupa dan suara yang sama sekalipun, mereka tetap berbeza. Begitu juga, anda dengan kawan anda. Anda dengan dia adalah berbeza. Mengapa harus, anda ikut cara dia. Mungkin dia boleh berjaya dalam bidang perakaunan itu, tapi bolehkah anda? Bukan bermaksud hendak merendahkan diri sesiapa, tetapi berfikirlah sejenak, kekuatan setiap orang tidak sama. Ada orang cenderung ke arah sains, ada yang cenderung ke arah kira-kira dan lain-lain.
guru,,,mak ak suruh jadi,,,coz senang pat keje...
Bukan apa, kadang-kadang dalam hidup ni, kita minat pertanian. Bila beritahu ibu bapa kita, ibu bapa kata bidang itu, tidak ada masa depan. Seraya berkata "Pernah ke dalam keluarga ni ada orang berjaya dalam bidang ini?" Justeru menyebabkan kita tidak yakin, malu dengan keputusan kita itu. Maka datanglah penyakit termometer dalam diri kita. Kita berubah ikut keadaan semasa, tanpa kerelaan hati. Kalau masa itu, trend mengambil profesion perguruan yang paling terjamin dan popular, maka kita pun terikut-ikut mengambil profesion itu. Terseksalah kita andai profesion itu tidak kena dan tidak serasi dengan kita. Hal ini berlaku kerana kita menjadi golongan termometer.
Kita mengikut keadaan di sekeliling kita. Kita dimanipulasikan oleh keadaan sekeliling, sehinggalah apabila kita tersedar suatu hari nanti, kita sudah tersesat dari landasan asal. Untuk maju kehadapan dan mencipta kejayaan, seseorang itu hendaklah memacu kejayaan mengikut acuannya sendiri. Setiap orang tidak dilahirkan untuk menjadi pandai. Mungkin kepandaian itu Allah telah pindahkan kepada kemahiran yang lain. Kita lihat contoh Dato' Jimmy Choo. Kalau diteliti latar belakangnya, ternyata pencapaian akademiknya bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi beliau tidak menjadi termometer. Beliau cuba menongkah arus semasa, dengan menceburi bidang pembuatan kasut. Sesuatu yang asing pada masa itu, dan lihatlah bagaimana dia berjaya.
Kenali potensi diri. Cuba duduk sejenak, kenal dengan diri anda sendiri. Lihat apa kecenderungan anda? Membuat sesuatu yang anda minati dan mahir adalah lebih baik daripada membuat sesuatu kerja kerana terikut-ikut dengan orang lain. Perubahan paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam dan dekat dengan diri, minat anda kerana itu kekal, perubahan paling buruk ialah perubahan luaran kerana itu lakonan. Fikirkanlah, kalau anda sekadar menjadi termometer, mengikut keadaan sekeliling sahaja tanpa kerelaan, dan tanpa pengetahuan mendalam tentangnya, sudah tentu anda sedang menganbil jalan yang sukar. Di dalam Al-Quran sendiri ada ditegaskan supaya jangan mengikuti sesuatu perkara tanpa pengetahuan yang mendalam tentangnya.
Allah pernah berfirman dalam surah Al-Israk ayat 36: Janganlah kamu mengikut apa-apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.
jadi ler rheostat...
Lihatlah cara Islam itu sendiri disebarkan. Tiada paksaan dikenakan. Misalnya ketika Salahudin Al-Ayubi berjaya menakluki Kota Jerusalem, penduduk Kristian tidak dipaksa memeluk Islam, walaupun majoriti ketika itu beragama Islam. Hal ini demikian kerana Islam tidak mahu penganutnya terdiri daripada golongan termometer iaitu golongan yang memeluk Islam kerana keadaan semasa. Apabila keadaan yang sedia ada berubah, keimanan itu juga turut berubah bersama. Islam amat menekankan kesedaran dan minat yang mendalam di dalam hati, dan sebagai umat Islam kita haruslah membuang sikap atau ciri-ciri termometer itu.
Beranilah untuk membuat keputusan sendiri. Berani mengambil tanggungjawab dan membuat sesuatu perkara sendiri. Janganlah terlalu bergantung kepada sesuatu melainkan Allah. Jikalau selama ini kita selalu bergantung kepada ibu bapa untuk  membuat keputusan, ingatlah kematian akan menjemput mereka suatu hari nanti. Begitu juga dengan mengharapkan kawan, isteri atau guru. Setiap yang hidup pasti merasai mati. Disaat kita hilang pergantungan akan hilang arahlah diri kita. Tidak tentu hala dan tenteram.
Disinilah perlunya menjadi golongan reostat, iaitu golongan yang  yang mengubah keadaan dan memanipulasikan keadaan. Kita yang tentukan apa-apa kita hendak kita perlu buat. Keadaan sekeliling diambil kira juga, tapi kita berpijak diatas keputusan sendiri dan memulakan langkah pertama, bukannya mengikut orang lain.
Allah menegaskan perkara ini dalam Al Quran dalam surah Ar-Raad ayat 21 yang bermaksud:Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri.
Jelasnya dalam firman diatas Allah menyuruh kita berusaha sendiri mengubah nasib kita. Kita harus mengubah keadaan, harus berani menongkah arus. Bukannya mengikut-mengikut keadaan sekeliling dan berharap keapada orang lain. Berpegang kepada ayat inilah, umat Islam mencapai kegemilangannya sekitar abad ke-14. Jikalau umat Islam pada waktu itu, menjadi golongan termometer, golongan yang mengikut keadaan semasa, sudah tentulah dunia akan hancur. Bayangkanlah, bagaimana Eropah dilanda zaman gelap kerana tentera salib membakar buku-buku ilmu, dan perpustakaan di Iskandariah atas nama gereja. Jikalau umat Islam turut mengikut perkara itu, bagaimana agaknya kesudahannya.
Fikirkanlah. Syukur Islam berjaya menjadi reostat. Islam telah mengubah keadaan semasa, malahan telah mencetuskan zaman renaissance yang bermula di Itali. Lihatlah bagaimana berbeza reostat dan termometer itu. Jadilah orang yang mengubah keadaan. Beranilah untuk berimpian dan mempunyai wawasan.
Saya faham, sekiranya kita berasa tidak yakin dengan diri kita. Tidak apa, kerana itu adalah fitrah, tapi terpulang kepada kita untuk berusaha keras. Sudah menjadi fitrah manusia itu dilahirkan bersama-sama dengan kekurangan tetapi kita diberikan kudrat untuk menutup kekurangan itu. Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari, begitu juga kejayaan. Tidak apa jikalau pada permulaannya anda lemah dan selalu kalah, tapi masa yang berlalu akan mematangkan anda. Gagal yang paling berbahaya dalam hidup bukanlah ketika gagal tetapi gagal untuk mencuba lagi setelah gagal.
Mari kita sama-sama berusaha dan melangkah mengorak kejayaan di dunia dan di akhirat. Melangkahlah bagaimana cara dan rupa sekalipun, yang penting melangkah sebab setiap yang melangkah pasti sampai ke matlamat. Setiap kejaan bermula dengan langkah yang pertama. Usahakanlah yang pertama itu sebaik dan secepat mungkin.
Sebelum tu, teringat semasa Tingkatan 3, ada peristiwa berkaitan reostat. Saya ni gatal sangat tangannya, saya bermain-main dengan reostat itu. Selepas itu cikgu marah, disuruh berlari keliling sekolah sambil membawa kerusi. Haha.
Salam Motivasi!
ouh thermometerku!!!!
p/s:ak copy dari iluvislam jep...tuk kongsi2 ngan korg2....pehtu edit sikit2....