budak baik=)

Monday, January 24, 2011

Gulai lEmak pisanG...

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 10 biji Pisang Emas ~ masih muda
  • Santan secukupnya
  • 1 biji Cili Merah ~ dibuang biji
  • 7 biji Cili Api
  • Sedikit Ikan Bilis
  • 1/2 inci Kunyit Hidup
  • Sebekas air bergaram ~ elak pisang menjadi hitam dan lebam

Cara-cara

  1. Siat kulit pisang. Tapi jangan sampai ke isinya. Kulit dan isinya dimasukkan ke dalam air bergaram. Biarkan terendam sementara menyediakan rencah kuah.
  2. Tumbuk cili merah dan cili api bersama sedikit garam hingga lumat. Masukkan ikan bilis. Tumbuk sedikit. Tak perlu hancur sangat.
  3. Tuangkan santan dalam periuk. Masukkan bahan tumbuk. Masukkan juga pisang yang sudah dipotong tadi.
  4. Gulai ini mesti sentiasa dikacau dan api kecil. Takut santan pecah nnti kurang enak dimakan. Perasakan dengan garam dan bahan perasa.

No comments: